Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Muhammad Hafiz, Norhashimah dinobat Johan Tilawah al-Quran Bahagian Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Muhammad Hafiz, Norhashimah dinobat Johan Tilawah al-Quran Bahagian Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir merakamkan gambar bersama kesemua pemenang. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Muhammad Hafiz Pelira dari Saratok dan Norhashimah Marzuki dari Kabong dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Masjid Assabirin, Kabong, semalam.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua johan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sijil penyertaan, dan piala iringan masing-masing.

Dalam kategori Qari, tempat kedua dimenangi oleh Mohammad Zahary Mansor dari Betong, manakala tempat ketiga disandang oleh Sulaiman Ayup, juga dari Betong.

Sementara itu, bagi kategori Qariah, Nur Saidatul Hanisah Saleman dari Kabong muncul naib johan, manakala tempat ketiga milik Rosnani Junaidi dari Saratok.

Naib johan bagi kedua-dua kategori menerima RM700, sijil penyertaan dan piala iringan, manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM500, berserta sijil dan piala iringan.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Sebanyak 12 peserta, terdiri daripada enam Qari dan enam Qariah, telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini, memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh penghayatan.

Penganjuran tilawah ini bertujuan untuk memperkukuh syiar Islam, memupuk kecintaan terhadap al-Quran, serta mencungkil bakat qari dan qariah baharu dari seluruh Bahagian Betong.

Majlis ini merupakan hasil kerjasama antara Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Betong, Pejabat Daerah Kabong, Pejabat Agama Islam Bahagian Betong, serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid Assabirin Kabong.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Betong, Hamdan Katang, Pegawai Daerah Kabong, Tahir B. Mohd Sharee, Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Betong, Ustaz Anwar Rosli, Temenggong Piee Alwi, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Ulin Tabur, dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Assabirin Kabong, Johan Bidin.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat projek siap, tiga projek lagi giat dibangunkan di Tanjong Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.