Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Muhammad Azeem catat 10.13 saat, hampiri rekod kebangsaan
  • SUKAN

Muhammad Azeem catat 10.13 saat, hampiri rekod kebangsaan

Utusan Sarawak 1 hour ago
MUHAMMAD Azeem Mohd Fahmi, jaguh pecut negara. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian bertenaga apabila mencatatkan 10.13 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan NCAA Pusingan Pertama Bahagian Timur di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan atlet kelahiran Perak berkenaan kini berada di landasan tepat untuk mencabar semula rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada 2022.

Catatan dibuat itu juga merupakan rekod terbaik musim ini buat pelumba berusia 22 tahun berkenaan, dengan beliau turut menamatkan saingan pusingan pertama di kedudukan ke-12 daripada keseluruhan 47 pelari yang mengambil bahagian.

Pencapaian tersebut sekali gus mengesahkan slot buat Muhammad Azeem untuk beraksi di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Sementara itu, Olahraga Malaysia (MA) menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya berharap Muhammad Azeem terus fokus dalam perjuangannya dengan mengingatkan bahawa badan induk tersebut sentiasa teguh di belakangnya dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Barcelona setuju bayar lebih RM367.80 juta untuk dapatkan Gordon dari Newcastle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.