Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mudahcara terima dana RM10 juta
  • SEMASA

Mudahcara terima dana RM10 juta

Utusan Sarawak 3 years ago

TUNJUK… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) menunjukkan Poster Media Dana Mudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sarawak yang belangsung di Dewan Mesyuarat Mulu Bangunan Baitulmakmur 2, Kuching, semalam. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Permohonan untuk ‘Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak 2022 mula dibuka  bermula semalam sehingga  28 Oktober depan.

Menteri  Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua aktiviti cadangan hendaklah dilaksanakan dalam tahun ini.

“ Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 60 hari atau  dua bulan sebelum tarikh  pelaksanaan program atau aktiviti,” katanya pada sidang media di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitul Makmur II, semalam.

Tambahnya, Kerajaan Negeri  telah memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan  dana ini yang memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya ke atas program, aktiviti dan pembangunan kapasiti yang menyumbang kepada pembangunan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan Sarawak.

“Diharap melalui program dan aktiviti Dana Mudahcara ini, kapasiti penggiat individu atau penggiat industri warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak dapat dipertingkatkan.

“Dana ini terbuka kepada Penggiat seni(individu), Persatuan/Pertubuhan/Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan/Pertubuhan/Badan BukanBerorientasikan Keuntungan (NPO) di Sarawak,” ujarnya.

Aktiviti dan program yang ditaja oleh dana ini harus memberi faedah dan merangsang pemulihan sektor warisan, kesenian dan kebudayaan di Sarawak daripada impak pandemik Covid-19.

Skop program dan aktiviti yang boleh dipohon melalui dana ini adalah bengkel, kelas, kursus, persidangan, simposium, forum, dialog, seminar, pementasan, pertandingan, pameran, pesta, pendokumentasian (termasuk penerbitanbuku dan perfileman), kegiatan dan aktivitiyang melibatkan komuniti setempat, dan juga lain lain program dan aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan kapasiti dalam sektor warisan, keseniandan kebudayaan Sarawak.

“Kita tidak letak had jumlah dana, ia mengikut kertas kerja yang dibuat.

“Kita juga membenarkan badan dari luar Sarawak memohon dana ini tetapi program atau aktiviti yang hendak mereka lakukan mestilah menjurus dan memberi kebaikan kepada negeri ini,” jelasnya.

Borang Permohonan dan Garis Panduan untuk Dana Mudahcara boleh dimuatturun dari laman web rasmi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan SeniPersembahan Sarawak iaitumtcp.sarawak.gov.my.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Pendekatan Sarawak tarik perhatian negara luar
Next: Sekolah kembali normal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.