Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muatan lori kerikil melebihi 70 peratus had BDM punca nahas FRU
  • NASIONAL

Muatan lori kerikil melebihi 70 peratus had BDM punca nahas FRU

Utusan Sarawak 2 days ago
KENDERAAN lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam. Kejadian mengakibatkan sembilan anggota FRU maut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, berkata nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu. Foto fail BERNAMA


PUTRAJAYA: Muatan berlebihan pada lori tipper iaitu melebihi 70 peratus daripada had Berat Dengan Muatan (BDM) dilaporkan menjadi punca utama kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kejadian di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pada 13 Mei lepas.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan punca kemalangan itu diperoleh menerusi Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berhubung kemalangan maut itu, yang boleh diakses orang awam menerusi portal rasmi kementerian bermula hari ini.

“Muatan berlebihan pada lori yang membawa batu kerikil itu menyebabkan ia hilang kawalan dan berlaku perlanggaran dengan lori FRU yang sedang berkonvoi pulang ke Ipoh.

“Laporan itu turut menjelaskan bahawa tiada kegagalan mekanikal dikesan pada sistem brek atau stereng, sebaliknya kemalangan berpunca daripada faktor operasi dan pematuhan, termasuk kelemahan pengawasan dalaman syarikat pengendali lori serta tiada Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang berfungsi,” menurut kenyataan MOT hari ini.

MOT memberitahu sebanyak 16 syor keselamatan telah dikemukakan merangkumi enam bidang utama antaranya peningkatan pematuhan Kod Amalan Industri bagi Keselamatan Pengangkutan Jalan (ICOP), penambahbaikan Akta 715 serta peningkatan ciri keselamatan kenderaan kerajaan seperti pemasangan tali pinggang keledar bagi semua tempat duduk.

“Laporan ini disediakan secara bebas dan objektif oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri, dengan tujuan mengenal pasti punca kejadian serta mencadangkan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya negara,” menurut MOT.

MOT menegaskan bahawa siasatan keselamatan itu tidak bertujuan menetapkan kesalahan atau menentukan liabiliti mana-mana pihak, sebaliknya untuk memperkukuh dasar keselamatan pengangkutan darat agar tragedi seumpama itu tidak berulang.

Dalam nahas pada 8.54 pagi 13 Mei lepas, sembilan anggota FRU terkorban manakala sembilan lagi cedera selepas lori FRU yang dinaiki mereka bertembung dengan lori tipper berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan.- Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC peroleh injunksi sekat kandungan memudaratkan di Telegram, “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”
Next: Sabah formalisasi perolehan 25 peratus pegangan dalam Petronas PFLNG 3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.