Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Muat turun aplikasi Nusuk capai 30 juta dengan peningkatan tahunan 150 peratus
  • SEMASA

Muat turun aplikasi Nusuk capai 30 juta dengan peningkatan tahunan 150 peratus

Utusan Sarawak 1 week ago
GAMBAR hiasan.

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa platform digitalnya, aplikasi Nusuk melepasi 30 juta muat turun, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 150 peratus berbanding 12 juta pada 2024.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), lebih 90 peratus pengguna aplikasi berasal dari lebih 190 negara, sekali gus menunjukkan capaian globalnya dan peranan penting dilaksanakan dalam memudahkan perjalanan Haji, Umrah dan ziarah bagi jemaah.

Aplikasi Nusuk menawarkan lebih 100 perkhidmatan digital melalui integrasi dengan pelbagai entiti berkaitan Haji dan Umrah, merangkumi setiap peringkat perjalanan jemaah dari perancangan sehinggalah kepulangan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk tempahan Umrah, lawatan ke Al-Rawdah Al-Sharifah, tempahan Perkhidmatan Kereta Api Laju Haramain, penerbangan, hotel, serta lawatan pengayaan.

Aplikasi ini turut memperluas ciri-cirinya baru-baru ini dengan menambah kemudahan harian seperti akses kepada al-Quran digital, waktu solat dan arah kiblat.

Kementerian itu turut mengesahkan yang satu kemas kini utama akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyediakan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan mesra pengguna, selaras dengan matlamat berterusan aplikasi itu untuk menjadi platform digital Islamik terkemuka di dunia.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Populasi buaya meningkat, Sarawak kaji model pengurusan Australia – Premier Sarawak
Next: Mangsa banjir di Sarawak kekal, Sabah menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.