Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Muafakat, semangat kekitaan terserlah menerusi Ibadah Korban di Kampung Penakub Permai
  • Tengah
  • WILAYAH

Muafakat, semangat kekitaan terserlah menerusi Ibadah Korban di Kampung Penakub Permai

Utusan Sarawak 15 hours ago
ROYSTON Valentine yang turut menyantuni para petugas serta menyertai aktiviti gotong-royong bersama penduduk dalam menjayakan ibadah korban kali ini. -Foto UKAS

MUKAH: Suasana penuh muafakat dan semangat kekitaan terpancar jelas di Kampung Penakub Permai apabila penduduk setempat berganding bahu menjayakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha yang berlangsung di Masjid Jamek, semalam.

Program tahunan yang telah menjadi tradisi masyarakat setempat ini menyaksikan penglibatan pelbagai lapisan komuniti termasuk golongan belia, wanita dan warga emas yang bersama-sama terlibat dalam proses penyembelihan, penyediaan serta pengagihan daging korban.

Menyerikan lagi program tersebut ialah kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine yang turut menyantuni para petugas serta menyertai aktiviti gotong-royong bersama penduduk dalam menjayakan ibadah korban kali ini.

Menurut Royston, keterlibatan aktif semua pihak dalam program ini wajar dijadikan contoh dalam usaha memupuk perpaduan serta keharmonian yang berterusan dalam masyarakat.

Selain Kampung Penakub Permai, beliau turut meluangkan masa menghadiri program gotong-royong ibadah korban di Kampung Tellian Tradisi dan Masjid Setia Raja sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha murni masyarakat dalam menghayati nilai pengorbanan dan keikhlasan sempena Aidiladha. –UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti Bidayuh muslim terima sumbangan korban daripada ADUN Tarat
Next: ADUN Batu Danau sumbang tujuh ekor kerbau sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.