Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Muafakat Kerajaan Perpaduan mantap, tiada usaha sabotaj – PM Anwar
  • NASIONAL

Muafakat Kerajaan Perpaduan mantap, tiada usaha sabotaj – PM Anwar

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata muafakat Kerajaan Perpaduan amat mantap tanpa sebarang usaha sabotaj atau khianat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata ia berbeza dengan situasi yang sedang berlaku dalam perikatan politik lain.

“Saya bersyukur, Alhamdulilah kerana muafakat Kerajaan Perpaduan MADANI itu lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj khianat seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik tanah air yang menyaksikan pergolakan dan krisis kepimpinan dalam Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lima tahun mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan secara rasmi.

Peletakan jawatan itu kemudiannya disusuli beberapa pemimpin lain, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal selaku Pengerusi PN Johor, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) serta ADUN Labu Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemergian Madeline Berma dirasai ahli ekonomi, alumni UKM
Next: China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Disember 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.