Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MTUC Sarawak, Sabah sambut baik kelulusan Pindaan SIP 2025 dan Akta Keselamatan Sosial
  • TEMPATAN

MTUC Sarawak, Sabah sambut baik kelulusan Pindaan SIP 2025 dan Akta Keselamatan Sosial

Utusan Sarawak 3 hours ago
KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cawangan Sarawak dan Sabah menyambut baik kelulusan bacaan kedua dan ketiga Rang Undang Undang Pindaan Sistem Insurans Pekerjaan 2025 serta pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial yang memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Berhubung Kerja yang dikenali sebagai Lindung 24/7.

Dua pindaan tersebut disifatkan sebagai langkah progresif yang memperkukuh rangka kerja perlindungan sosial negara, memastikan semua pekerja di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menerima perlindungan yang adil, inklusif dan menyeluruh.

Menurut Pengerusi MTUC Sarawak Zaidi Nasar dan Pengerusi MTUC Sabah Mohd Airy Airin, bacaan kedua menekankan kepentingan melihat pindaan ini sebagai sebahagian daripada rangka perlindungan sosial negara yang merangkumi semua sektor dan wilayah.

Kesatuan itu berkata bantuan mobiliti sehingga RM1,000, elaun latihan RM30 sehari, yuran latihan sehingga RM7,000 serta peningkatan Elaun Penggajian Semula Awal kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Skim Lindung 24/7 turut mengiktiraf realiti bahawa risiko pekerjaan tidak berakhir di pintu kilang atau pejabat tetapi berterusan sepanjang hari.

Dengan hanya 40 peratus pekerja ketika ini dilindungi insurans swasta, MTUC berkata perlindungan menyeluruh ini membantu menutup jurang kritikal tersebut.

Mereka menambah bahawa langkah ini selari dengan Agenda Pekerjaan Layak Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO serta Konvensyen 102 dan 187 yang menekankan perlindungan sosial inklusif dan pencegahan risiko berterusan.

Bagi bacaan ketiga, MTUC menegaskan keperluan memberi perhatian khusus terhadap realiti tenaga kerja di Borneo.

Mereka menyatakan ramai pekerja di Sarawak dan Sabah terpaksa bergerak jauh dari kawasan asal untuk mencari pekerjaan, menjadikan bantuan mobiliti amat relevan.

Sektor penting seperti perladangan, minyak dan gas, pembalakan dan pelancongan juga berdepan risiko kemalangan yang tinggi di luar waktu kerja biasa, sekali gus menjadikan Skim Lindung 24/7 satu keperluan.

MTUC menambah bahawa lebih ramai belia di Sabah dan Sarawak terlibat dalam ekonomi digital dan gig, oleh itu perlindungan sosial yang fleksibel amat diperlukan.

Mereka berkata bacaan ketiga membuktikan bahawa pindaan ini bukan sekadar dasar nasional tetapi juga pengiktirafan terhadap landskap buruh unik di Borneo.

MTUC Sarawak dan Sabah turut menegaskan bahawa pindaan tersebut membawa manfaat besar kepada semua pihak.

Pekerja menikmati perlindungan lebih kukuh dan keyakinan terhadap masa depan, majikan memperoleh kestabilan serta produktiviti tenaga kerja yang lebih baik, kerajaan memperkukuh dasar perlindungan sosial negara dan komuniti mendapat manfaat melalui pengurangan beban kewangan serta peningkatan kesejahteraan sosial.

Kesatuan itu merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia atas kepimpinan dan komitmen beliau dalam membawa pindaan SIP 2025 serta skim Lindung 24/7.

Usaha tersebut digambarkan sebagai berani dan progresif, sekali gus meningkatkan imej Malaysia di peringkat global sebagai negara yang mengutamakan kebajikan pekerja.

Mereka menambah bahawa inisiatif ini selari dengan seruan ILO supaya negara membina sistem perlindungan sosial yang inklusif dan berdaya tahan.

Dengan kepimpinan menteri, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk menjadi contoh serantau dalam melindungi hak dan keselamatan pekerja.

MTUC Sarawak dan Sabah menggesa supaya pelaksanaan pindaan ini dilakukan secara menyeluruh, dengan libat urus berterusan antara kerajaan, kesatuan, majikan dan pekerja.

Mereka berkata penjelasan jelas mengenai kadar caruman dan manfaat diperlukan bagi memastikan proses penyesuaian berjalan lancar serta membantu semua pihak menghargai nilai skim tersebut.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak CSO-SDG Alliance perkasa data dijana rakyat
Next: Dato Sri Wahab sumbang RM100,000 bantu bina kuil baharu di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.