
SIBU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Sabtu ini.
Menerusi kenyataan, kempen tersebut akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall bermula 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Tarani Lanting