Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MTPN Sarawak kekal fokus pada hak dan kesejahteraan pengguna
  • Tengah
  • WILAYAH

MTPN Sarawak kekal fokus pada hak dan kesejahteraan pengguna

Utusan Sarawak 13 hours ago
SINERGI KERJASAMA… Lau (lima kanan), Chiong (tujuh kiri) serta ahli-ahli yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat KPDN Cawangan Bintulu, baru-baru ini.

SIBU: Kesedaran dan perlindungan hak pengguna di Sarawak terus menjadi fokus utama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Wilayah Sarawak bagi memastikan kesejahteraan masyarakat pengguna di negeri ini terjamin.

Bagi memperkukuh usaha tersebut, MTPN Wilayah Sarawak yang diketuai Yang Dipertua, Lucas Lau, bersama Pengerusi MTPN Bintulu, Chiong Ying Ying dan ahli jawatankuasa Bintulu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu, baru-baru ini.

Kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan pelaksanaan program kerjasama strategik yang memberi manfaat langsung kepada pengguna, termasuk siri seminar dan bengkel berkaitan Lapan Hak Asas Pengguna serta usaha memperkukuh pemantauan harga dan bekalan barangan keperluan.

Lau berkata, MTPN mencadangkan beberapa inisiatif proaktif bagi meningkatkan pembangunan kapasiti pengguna serta memastikan pemantauan pasaran dijalankan secara lebih telus dan berkesan.

“Kami di MTPN berpegang teguh kepada prinsip bahawa hak pengguna adalah hak asasi. Setiap individu berhak dilindungi melalui hak keselamatan, hak mendapat maklumat jelas, hak membuat pilihan dan hak untuk didengar. Apabila hak ini terabai, ia menjejaskan kualiti hidup masyarakat serta keadilan sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sinergi antara MTPN dan agensi penguat kuasa kerajaan amat penting dalam memastikan isu kepenggunaan ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Katanya, kerjasama itu tidak hanya tertumpu di Bintulu, malah akan diperluas ke semua cawangan KPDN di seluruh Sarawak serta jabatan dan agensi kerajaan lain yang mempunyai peranan dalam menjaga kebajikan pengguna.

“Gabungan tenaga dan kepakaran antara MTPN serta jabatan kerajaan adalah kunci utama membina mekanisme kawal selia dan perlindungan pengguna yang efektif dan berterusan di seluruh negeri,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama rentas agensi amat penting bagi memastikan setiap daripada kelapan-lapan hak pengguna termasuk keselamatan, maklumat, pilihan, didengar, ganti rugi, pendidikan pengguna, persekitaran sihat serta keperluan asas sentiasa dipelihara.

Menurut Lau, hanya melalui hubungan kerja yang kukuh dengan semua pihak berkepentingan termasuk KPDN dan agensi lain, barulah matlamat mewujudkan pasaran yang adil, telus dan mampan untuk pengguna di Sarawak dapat direalisasikan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan MIRRDA tingkatkan infrastruktur luar bandar
Next: Jom Santai Pesta Air di Marudi, 5–9 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.