Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MTPN Sarawak dedah banyak klinik kecantikan tidak berlesen masih beroperasi
  • TEMPATAN

MTPN Sarawak dedah banyak klinik kecantikan tidak berlesen masih beroperasi

Utusan Sarawak 17 hours ago
YANG Dipertua MTPN Sarawak, Wynson Ong Teck Ping.

KUCHING: Sebuah klinik kecantikan di Kuching telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 pada 12 Jun lepas oleh pihak berkuasa berikutan pengoperasian tanpa lesen dan pelanggaran peraturan kesihatan yang ditetapkan. 

Kes tersebut mendapat perhatian serius daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak, yang diwakili oleh Yang Dipertua, Wynson Ong Teck Ping, yang turut terlibat secara langsung bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pemantauan selama dua tahun.

Untuk makluman umum, doktor yang mengendalikan klinik kecantikan berkenaan pernah terlibat dalam kes terdahulu melibatkan kesalahan serupa pada 2017 dan ini menunjukkan satu pola ketidakpatuhan yang berulang, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Pihak MTPN Sarawak turut memaklumkan bahawa hasil pemantauan mendapati masih banyak klinik kecantikan yang beroperasi tanpa lesen sah di negeri ini. 

“Ini merupakan satu isu yang amat membimbangkan memandangkan rawatan yang ditawarkan melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua agensi terlibat, khususnya Kementerian Kesihatan, atas kerjasama erat dan komitmen tinggi dalam membantu MTPN Sarawak menyelesaikan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurut Wynson Ong, MTPN Sarawak turut menerima beberapa aduan daripada pengguna berkaitan isu klinik kecantikan tidak berlesen. 

“Namun begitu, ramai pengadu enggan tampil ke hadapan kerana berasa malu dan menganggap perkara tersebut tidak wajar diketengahkan. 

“Setiap aduan pengguna adalah penting dan harus disuarakan demi keselamatan serta kepentingan bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, perkhidmatan kecantikan mobiliti juga jadi isu yang merisaukan di mana beliau turut memaklumkan telah menerima aduan berkenaan perkhidmatan kecantikan secara mobiliti yang dijalankan secara tidak sah dan berisiko tinggi.

“Khususnya perkhidmatan suntikan yang dilakukan di tempat yang tidak bersesuaian seperti bilik hotel, atau rumah persendirian. 

“Perkara ini amat membimbangkan kerana prosedur melibatkan suntikan memerlukan persekitaran yang steril, selamat dan dikendalikan oleh pegawai perubatan bertauliah. 

“Mereka turut melakukan hebahan perkhidmatan di sosial media untuk menarik minat orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan mereka,” ujarnya.

Pihak MTPN Sarawak menegaskan bahawa amalan seperti ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga mendedahkan pengguna kepada risiko jangkitan, komplikasi kesihatan dan penipuan kosmetik.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terhadap status pendaftaran dan kelulusan mana-mana klinik kecantikan sebelum mendapatkan perkhidmatan serra memastikan klinik tersebut berdaftar secara sah dengan KKM dan dikendalikan oleh profesional yang diiktiraf.

MTPN Sarawak komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berwajib dalam menegakkan hak-hak pengguna serta memastikan industri kecantikan di negeri ini kekal selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Sebarang aduan boleh dikemukakan melalui talian 017-7109299, saluran rasmi MTPN Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pagi Bebas Kenderaan Edisi Gawai 2025 meriah, tarik penyertaan warga Kuching
Next: Sejijak bakal miliki tebingan sungai, 100 unit rumah mampu milik – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.