Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MTMD nyatakan sokongan pengharaman penggunaan rokok elektronik di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

MTMD nyatakan sokongan pengharaman penggunaan rokok elektronik di Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
MESYUARAT.….Porkan (duduk tengah) merakam kenangan bersama semua ahli yang hadir pada MTMD Bahagian Sibu Bil. 1/2025.

SIBU: Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Sibu Bil. 1/2025 sebulat suara menyatakan sokongan terhadap pengharaman penggunaan rokok elektronik (vape) di bahagian ini dan seluruh Sarawak.

Pengerusi mesyuarat yang juga Residen Sibu, Abang Mohammad Porkan Abang Budiman berkata, penyalahgunaan dadah kini semakin membimbangkan, khususnya dengan kemunculan bahan terlarang baharu seperti ‘magic mushroom’ yang semakin popular dalam kalangan generasi muda.

“Dadah jenis ini disalahgunakan melalui peranti vape dan memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna. Ini merupakan satu ancaman serius yang perlu ditangani segera,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut semalam.

Beliau turut menekankan keperluan semua agensi kerajaan, jabatan serta ketua-ketua komuniti untuk bekerjasama dalam membanteras penyalahgunaan dadah, yang dianggap sebagai musuh utama negara ketika ini.

“Kita percaya, melalui pendekatan pemerkasaan komuniti masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dapat dikawal dan dikurangkan secara berkesan,” jelasnya.

Porkan turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan melakukan tangkapan dadah terbesar di Sarawak baru-baru ini.

“Saya menggesa agar seluruh lapisan masyarakat sentiasa peka dan cakna terhadap isu penyalahgunaan dadah demi melahirkan individu yang sihat dan cergas serta mewujudkan persekitaran yang selamat, seiring dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu selaku sekretariat mesyuarat turut diminta membawa usul pengharaman vape dan perkara berkaitan ke peringkat tertinggi untuk tindakan lanjut.

Mesyuarat ditangguhkan dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama semua ahli yang hadir.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Opar terima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Lundu
Next: Chiew tegaskan tindakan lanjutan tidak boleh terhenti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.