Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MTL: Majikan diminta bantu pekerja berdepan musibah banjir
  • NASIONAL

MTL: Majikan diminta bantu pekerja berdepan musibah banjir

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Sumber Manusia V. Sivakumar (kiri) memakaikan tangan palsu kepada Mohd Amiruddin Azhar, 27, (kanan) yang kehilangan tangan kanan berikutan kemalangan jalan raya pada Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Mydin Mall, Tunjong hari ini. FotoBERNAMA

KOTA BHARU: Pihak majikan diminta supaya lebih prihatin sekiranya pekerja mereka berdepan dengan musibah banjir berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku mulai bulan ini.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, dalam tempoh musim tengkujuh, banjir kilat dan banjir besar boleh berlaku bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga di kawasan lain.

“Saya menasihatkan kepada semua pekerja di seluruh negara supaya berhati-hati ketika berdepan keadaan ini.

“Saya juga minta supaya majikan lebih prihatin kalau berlaku insiden banjir dan sebagainya mereka boleh bersedia untuk membantu pekerja bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat berlaku sepanjang musim MTL bermula 11 November ini dan berterusan hingga Mac 2024.

Menurut MEtMalaysia, episod hujan lebat diramalkan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak semasa fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Januari 2024. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Next: Ahli Parlimen bertanggungjawab semak maklumat sebelum buat kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.