Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MTL: BBP Sarikei pantau paras air di Jalan Gaharu
  • Utara
  • WILAYAH

MTL: BBP Sarikei pantau paras air di Jalan Gaharu

Utusan Sarawak 5 hours ago
RONDAAN PEMANTAUAN… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan Jalan Gaharu. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air di kawasan rendah Jalan Gaharu didapati berada dalam keadaan terkawal hasil rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) yang dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei pada pagi tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan dijalankan bermula 8.56 pagi.

“Dua orang anggota bomba terlibat dalam rondaan tersebut yang memfokuskan kawasan rendah berisiko banjir.

“Rondaan pemantauan dijalankan bagi menilai paras air serta situasi cuaca di kawasan berisiko banjir, sebagai langkah kesiapsiagaan sempena MTL,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, setakat ini, trend air di Jalan Gaharu menunjukkan paras surut dan keadaan kawasan berada dalam situasi terkawal.

“Sepanjang rondaan dijalankan, pihak kami tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

“Rondaan berkala akan diteruskan bagi memastikan paras air sentiasa dipantau sepanjang musim MTL,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran paip gas, tindakan pantas bomba elak risiko lebih besar
Next: Huang salur bantuan katil untuk warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.