Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MTL: BBP Bintangor pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

MTL: BBP Bintangor pantau tiga kawasan rendah berisiko banjir

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMANTAUAN….Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Keadaan di tiga kawasan rendah berisiko banjir kekal terkawal meskipun trend air menunjukkan peningkatan ketika rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) oleh pihak bomba sejak malam tadi hingga awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan melibatkan dua anggota bomba yang ditugaskan memeriksa paras air Taman Bintang, Jalan Dermaga dan Jalan Fooh Ping.

“Rondaan dilaksanakan di beberapa kawasan berisiko banjir di Daerah Meradong dan keadaan setakat ini adalah baik serta terkawal.

“Cuaca pada waktu rondaan berada dalam keadaan baik walaupun trend paras air menunjukkan peningkatan.

“Trend air didapati menaik namun tiada perubahan mendadak yang menimbulkan risiko kepada keselamatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan sepanjang rondaan dijalankan.

“Rondaan pemantauan akan diteruskan di setiap kawasan rendah berisiko banjir sepanjang musim MTL,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga SK Abang Amin sertai program kesedaran kebakaran
Next: Dana MRP perkasa aktiviti pendidikan, sosial dan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.