Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MTAC tunjuk prestasi baik
  • TEMPATAN

MTAC tunjuk prestasi baik

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 pada Majlis Apresiasi MTAC dan Majlis Seni Sarawak (MSS) di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) menunjukkan prestasi yang lebih baik bagi tahun 2020 khasnya dalam aspek pengubalan polisi, pengurusan organisasi, amalan ‘good governance’ mahupun libat urus dengan industri pelancongan, kesenian dan kebudayaan pada keseluruhannya.

Demikian, menurut Menterinya,Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Apresiasi MTAC dan Majlis Seni Sarawak (MSS) di Kuching, semalam.

“Sepanjang berhadapan krisis pandemik Covid-19, MTAC telah bertindak pantas membantu dalam pemulihan industri pelancongan melibatkan semua agensi dibawahnya,” katanya.

Jelas Datuk Karim lagi, Sarawak memiliki lebih banyak produk pelancongan dengan mempersiapkan pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Di samping itu, beliau turut mengumumkan mengenai pengoperasian sepenuhnya MSS sebagai badan berkanun kerajaan mulai 1 Januari 2021.

Majlis yang disambut dengan meriah bertemakan ‘Saturday Night Fever’ itu telah menyaksikan 10 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019,sesi cabutan bertuah dan persembahan hiburan.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan iktiraf tanah NCR
Next: SEB LEBARKAN SAYAP KE SELURUH BORNEO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.