Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MSSB Samarahan bangkit tewaskan MSSB Kapit 2-1
  • SUKAN

MSSB Samarahan bangkit tewaskan MSSB Kapit 2-1

Utusan Sarawak 21 hours ago
SKUAD MSSB Samarahan bangkit temui sentuhan kemenangan selepas menewaskan MSSB Kapit dengan jaringan 2-1, petang tadi. Foto: Adi Safarman.

SIMANGGANG: Skuad Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Samarahan menemui sentuhan kemenangan apabila berjaya menewaskan MSSB Kapit 2-1 dalam Kejohanan Bola Sepak MSS Sarawak 2025 Bawah 12 Tahun di Kompleks Sukan Sri Aman, petang tadi.

Pemain tengah MSSB Samarahan, Khairil Azren Yasrizal menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan selepas membuat rembatan deras pada jarak 25 meter yang menumpaskan penjaga gol MSSB Kapit. Satu gol lagi MSSB Samarahan dijaringkan oleh Awang Elfiey Hadief.

Pengurus pasukan, Ryan Sedino Dehu @ Richard Neru ternyata amat gembira dengan kemeĀ­nangan itu yang menyifatkan pasukan kendaliannya itu bangkit daripada kekalahan dengan pasukan MSSB Kuching 0-2, pagi tadi.

“Kita berjaya bangkit daripada kekalahan dengan mengutip tiga mata penuh pada petang ini.

“Walaupun para pemain sedikit leka selepas tersentak dengan jaringan awal pasukan MSSB Kapit, namun pemain kita tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan selepas itu, dan akhirnya jaringan cantik yang dilakukan oleh Khairil Azren sekali gus menghadiahkan mata penuh buat pasukan,” katanya.

Ryan berkata MSSB Samarahan yang dikendalikan oleh Steve Grey Sidu itu memilih jalan sukar untuk bertemu pasukan yang menunjukkan semangat juang tinggi seperti MSSB Kapit.

“Sekali lagi faktor kesungguhan, perubahan taktikal serta tuah telah membantu MSSB Samarahan mendapatkan tiga mata yang sangat penting. Esok adalah penentu hala tuju Samarahan sama ada layak ke peringkat separuh akhir atau perjuangan terhenti,” ujarnya.

Menyentuh mengenai kekalahan 0-2 dengan pasukan MSSB Kuching pagi tadi, Ryan berkata anak-anak buahnya gagal mendominasi sepanjang perlawanan.

“MSSB Kuching bijak mencatur strategi mengekang beberapa pemain utama kita dan mereka menunjukkan permainan yang lebih baik. Banyak kecuaian telah dieksplotasi oleh pihak lawan menang dengan agak mudah,” jelasnya.

Sementara itu, untuk perlawanan terakhir Kumpulan B esok, MSSB Samarahan akan menentang MSSB Sibu yang berlangsung pada 9.45 pagi di Padang KPSU Lama Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kuching City terima tajaan RM1 juta daripada Press Metal Bintulu
Next: Gol terakhir Jota sarat emosi sebelum tragedi meragut nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.