Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MSM sambut baik penjelasan mekanisme pengeluaran SST bagi gula mentah
  • BISNES

MSM sambut baik penjelasan mekanisme pengeluaran SST bagi gula mentah

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar jenama gula bertapis nasional “Gula Prai”, menyambut baik penjelasan yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kewangan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import gula mentah.

Kenyataan kementerian itu hari ini mengesahkan walaupun SST lima peratus akan dikenakan ke atas gula mentah, bahan utama untuk penghasilan gula bertapis, pihak pengilang gula bertapis boleh memohon pengecualian cukai di bawah syarat yang ditetapkan.

MSM menerusi satu kenyataan hari ini berkata penjelasan ini susulan kenyataan MSM terhadap potensi tekanan kos yang ketara akibat peluasan SST, seperti yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam.

Menurut kumpulan itu, peningkatan kos input tersebut boleh memberi kesan langsung terhadap struktur harga gula bertapis, yang mungkin mendorong kepada kenaikan harga untuk pembeli industri.

“Kami menghargai perhatian segera Kementerian Kewangan terhadap perkara ini serta pengesahan mengenai laluan yang tersedia untuk pengeluar gula bertapis yang layak mendapatkan pengecualian. 

“Ini amat penting memandangkan persekitaran operasi yang mencabar, di mana harga runcit gula kekal dikawal pada RM2.85 sekilogram sejak 2011, walaupun kos gula mentah global telah meningkat secara ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tarif AS lebih tinggi ke atas pesaing beri kelebihan kepada eksport kayu Malaysia
Next: Ringgit dijangka terus bertahan minggu depan susulan konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.