Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MSM gesa Zahidi dirujuk ke JHK
  • NASIONAL

MSM gesa Zahidi dirujuk ke JHK

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika hadir pada Persidangan Dewan Negara ke-18 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Sept 9 -- Communications and Multimedia Deputy Minister Datuk Zahidi Zainul Abidin present at the 18th Dewan Negara sitting at the Parliament Building today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika hadir pada Persidangan Dewan Negara Ke-18 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Senator Malaysia (MSM) semalam menggesa Timbalan Menteri Komunikasi   dan Multimedia Datuk   Zahidi Zainul Abidin   dirujuk ke   Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JHK)   Dewan Negara.

Setiausaha   Kehormat Majlis Senator Malaysia Raj Munni   Sabu berkata, ia bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung tindakannya   yang didakwa memberikan jawapan tidak benar   semasa persidangan   Dewan Negara   pada   Khamis lepas   berhubung manfaat program merapatkan jurang digital kerajaan di Sabah dan negeri lain.  

“Beliau gagal fokus untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Sebaliknya, memberikan tumpuan kepada contoh yang dikemukakan oleh Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang menceritakan tentang perihal kepayahan   pelajar   di pedalaman Sabah Veveonah   Mosibin dalam mendapatkan capaian internet semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Zahidi telah menuduh   Veveonah sebagai   menipu apabila pelajar itu memaklumkan beliau terpaksa   berada di atas pokok selama 24 jam untuk mendapatkan   sambungan internet bagi menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Raj Munni berkata, walaupun   Zahidi telah memohon maaf menerusi   akaun Facebooknya, namun   perkara itu telah mendatangkan kesan buruk dan negatif terhadap   pelajar itu dan keluarganya   serta menjadi mangsa buli siber ekoran kenyataan yang silap itu.     

“Oleh itu timbalan menteri berkenaan perlu segera dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan   Dewan Negara bagi membolehkan jawatankuasa itu memutuskan sama ada benar dakwaan   Zahidi yang mengatakan beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan itu,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 118 berhibur di kelab malam dicekup
Next: Agong berkenan kurniakan Rumah Wilayah Prihatin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.