Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MRP RM80,000 disalurkan kepada NGO, pelajar
  • TEMPATAN

MRP RM80,000 disalurkan kepada NGO, pelajar

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Jamilah Anu merakam kenangan bersama para pelajar yang menerima sumbangan bantuan melanjutkan pelajaran.

LUNDU: Peruntukan RM80,000 dari Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat I Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar DUN Tanjong Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, peruntukan yang memasuki fasa ke-3 itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak untuk meringankan beban rakyat terutamanya generasi muda.

“Pada Mei dan Jun yang lalu Geran MRP Fasa 1 dan Ke-2 untuk JKKK dan NGO berjumlah RM349,000 disampaikan,” katanya di Majlis Penyampaian Geran MRP Fasa Ke-3, N3 Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu semalam.

Kata Jamilah, peruntukan berkenaan akan memberi peluang kepada NGO setempat membantu masyarakat dan para pelajar sebagai sumbangan bagi melanjutkan pelajaran.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat digunakan dengan sebaik nya untuk masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama
Next: Perketat kawalan sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.