Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MRP penggerak pembangunan pelbagai sektor di akar umbi
  • Utara
  • WILAYAH

MRP penggerak pembangunan pelbagai sektor di akar umbi

Utusan Sarawak 9 hours ago
 GERAN MRP…Dr Abdul Rahman ketika Program Pemimpin Bersama Rakyat, Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

LIMBANG: Projek Kecil Luar Bandar (MRP) merupakan inisiatif penting kerajaan Sarawak untuk membangun serta melaksanakan pembangunan di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, dana ini disalurkan untuk membantu komuniti melaksanakan pelbagai aktiviti dan projek infrastruktur berskala kecil yang memberi impak langsung kepada penduduk setempat.

“MRP merupakan peruntukan khas kerajaan yang disalurkan melalui ADUN bagi membantu pembangunan di kawasan setempat, khususnya untuk keperluan segera atau projek berskala kecil serta bantuan kepada komuniti yang memberi manfaat terus kepada penduduk tempatan,” katanya pada Program Bersama Rakyat sempena Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN N79 Bukit Kota di Dewan Bunga Raya, semalam.

 GERAN MRP…Dr Abdul Rahman menyerahkan geran ketika Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Pada majlis itu, sejumlah RM468,000 peruntukan geran diagihkan melibatkan 24 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah dan sekolah rendah, 48 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), 41 Kawasan Rukun Tetangga, 32 Tabika KEMAS, 10 Tabika Perpaduan, 16 gereja dan enam kuil.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Limbang, Khairul Amree Abdul Rahman dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, Marlina Zaini.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang misteri di kebun, kenderaan ditemui tanpa kelibat
Next: KMKK tonggak perpaduan komuniti 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.