Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MRC bantu peserta raih RM110.5 juta
  • BISNES

MRC bantu peserta raih RM110.5 juta

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Majlis Getah Malaysia (MRC) menyelaraskan 98 sesi pemadanan perniagaan antara bakal pembeli dan peserta pameran bersama MRC di pameran Kesihatan Arab 2022 yang diadakan di Dubai baru-baru ini, dengan lapan peserta pameran bersama merekodkan jumlah jualan kira-kira RM110.46 juta.

Pengerusi MRC, Dr Daroyah Alwi berkata, jualan itu terdiri daripada RM12.44 juta jualan segera dan RM98.01 juta jualan berpotensi.

“Usaha dan inisiatif promosi telah menyaksikan sejumlah 4,859 kunjungan ke Pavilion MRC Malaysia dan sebanyak 2,482 pertanyaan perdagangan diterima oleh MRC dan peserta pameran bersamanya di sepanjang acara empat hari itu,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam .

Pameran Kesihatan Arab telah diadakan dari 24 hingga 27 Januari di Pusat Dagangan Dunia Dubai di Emiriah Arab Bersatu.

Lapan peserta pameran bersama yang mengambil bahagian di bawah pavilion MRC ialah ASAP International, Biomax Rubber Industries, Glove Resources, Hartalega, Karex Industries, Mah Sing Healthcare, Supermax Glove Manufacturing dan Tradecyanic.

Pengeluar dan pengeksport peranti perubatan getah Malaysia lain yang mengambil bahagian dengan inisiatif sendiri ialah Iconic Medicare, JR Engineering and Medical Technologies, Longcane Industries, Nulatex, Top Glove dan WRP Asia Pacific.- Bernama

Continue Reading

Previous: Perdagangan Borong & Runcit cecah RM1.3 trilion
Next: Kerajaan belum putuskan lanjut pemberian subsidi kepada penternak ayam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.