Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mr Sarawak 2025 angkat martabat sukan bina badan di Sarawak
  • SUKAN

Mr Sarawak 2025 angkat martabat sukan bina badan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
RASMI…Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii (tengah) semasa merasmikan Kejohanan Mr Sarawak 2025 di Miri hari ini. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Penganjuran Kejohanan Mr Sarawak 2025 di bandar raya ini  bukti kemampuan Miri menjadi tuan rumah kepada acara sukan berprestij serta berupaya mengangkat martabat sukan bina badan di negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii Siew Sang berkata, kejayaan Persatuan Bina Badan Bahagian Miri menganjurkan kejohanan itu dengan cemerlang memperlihatkan semangat padu masyarakat setempat dalam memajukan sukan bina badan.

“Saya amat berbangga melihat semangat juang dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para peserta, khususnya anak-anak muda dari Miri seperti Azri Asmat Sefri, Asrul Asmat Sefri, dan Aszdilah Asmat Sefri, yang bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat tempatan, malah telah mencipta sensasi di pentas antarabangsa seperti Mr Asia 2025 dan SEA Bodybuilding Championships.

“Kejayaan mereka adalah hasil daripada latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi dan sokongan padu daripada keluarga serta komuniti sukan bina badan di Miri.

“Ini membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan bimbingan yang berterusan, atlet kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia,” katanya.

RASMI…Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii (tengah) semasa merasmikan Kejohanan Mr Sarawak 2025 di Miri hari ini. Foto: Liong Chai Ling

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis kejohanan itu hari ini.

Adam Yii berkata, kisah anak-anak muda ini adalah inspirasi kepada semua, bahawa kegagalan bukan pengakhiran, tetapi batu loncatan kepada kejayaan yang lebih besar.

“Kejohanan berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya platform penting untuk mencungkil bakat baharu, memupuk budaya kecergasan dan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

“Saya yakin dengan sokongan berterusan daripada persatuan, kerajaan negeri dan komuniti, sukan bina badan akan terus berkembang serta melahirkan lebih ramai jaguh masa depan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kejohanan tersebut dan berharap pencapaian Mr Sarawak 2025 menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan gemilang buat sukan bina badan tanah air.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mbappe ledak gol bantu Perancis tewaskan Ukraine
Next: SMK Katholik Sibu A juara Pickleball Antara Sekolah Sibu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.