Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS tawar lesen anjing percuma 2026, tingkat keselamatan awam
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS tawar lesen anjing percuma 2026, tingkat keselamatan awam

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERCUMA…MPS tawar lesen anjing percuma 2026, sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan awam.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menawarkan lesen anjing percuma bagi 2026 menerusi kempen khas yang dilancarkan, sebagai langkah menggalakkan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan dan kesihatan awam.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi MPS, lesen yang ditawarkan sah untuk tahun 2026 sahaja, namun tempoh sah lakunya adalah selama tiga tahun bermula dari tahun berkenaan

Kempen tersebut bertujuan memastikan pemilik anjing mendaftarkan haiwan peliharaan masing-masing selaras dengan keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain membantu mengawal penularan penyakit berbahaya seperti rabies.

Di samping itu, pelesenan juga memudahkan pengenalpastian haiwan peliharaan sekiranya berlaku kehilangan serta menyumbang kepada pembentukan komuniti yang lebih selamat dan harmoni.

Permohonan boleh dibuat sama ada di kaunter yang disediakan atau secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai.

Sehubungan itu, majlis turut mengingatkan bahawa kegagalan melesenkan anjing peliharaan boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan serta dikenakan kompaun.

Orang ramai digesa agar merebut peluang ini dengan mendaftarkan anjing peliharaan masing-masing demi kepentingan bersama.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Zon Utara, Tengah catat panggilan kebakaran belukar tertinggi
Next: PMU perkasa kemudahan SK Kampung Petanak melalui program CSR JKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.