Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPS sedia garis panduan untuk upacara sembahyang
  • TEMPATAN

MPS sedia garis panduan untuk upacara sembahyang

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Clarence Ting (lima, kiri) turun padang bersama rombongan Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menyediakan garis panduan untuk upacara sembahyang sempena perayaan ‘Hantu Lapar’ bermula tahun depan.

Pengerusinya, Clarene Ting berkata garis panduan itu bagi memastikan masyarakat Cina yang mengadakan upacara sembahyang pada perayaan tersebut sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

“Seperti yang kita lihat hari ini, upacara sembahyang itu diadakan di merata-rata tempat seperti di bulatan jalan raya dan persimpangan lampu isyarat.

“Mereka yang melakukan upacara sembahyang membiarkan tempat upacara dalam keadaan kotor selepas upacara selesai dilakukan.

“Justeru itu, MPS akan menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi semasa upacara sembahyang sempena perayaan Hantu Lapar mulai tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembersihan tempat upacara sembahyang itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Pahlawan, di sini semalam.

Katanya, MPS juga akan menetapkan tempat yang dibenarkan untuk melakukan upacara sembahyang itu bagi memastikan kawasan tersebut dapat dibersihkan selepas upacara selesai.

“Di Kuching, pihak berkuasa tempatan meminta mereka yang melakukan upacara sembahyang itu memohon permit dan upacara dilakukan di tempat yang dibenarkan.

“Oleh itu, kita (MPS) mahu masyarakat Cina di Sibu juga mematuhi garis panduan tersebut untuk bersama-sama memastikan bandar Sibu sentiasa bersih untuk didiami,” ujarnya.

Turut hadir Presiden Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, Ngieng Ping Sing dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, Kaunselor Jenny Ting Hua Hung.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pikul tanggungjawab dengan jujur
Next: SUPP calonkan Bong, Jong di Padungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.