Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS laksanakan kerja lanskap di Tugu Pahlawan Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS laksanakan kerja lanskap di Tugu Pahlawan Sibu

Utusan Sarawak 12 hours ago
BERSAMA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR…Bahagian Landskap MPS telah melaksanakan kerja-kerja penanaman pelbagai jenis pokok dan pokok renek di sekitar Tugu Pahlawan Sibu yang baru siap dibina. Foto Izkandar Rosley

SIBU: Bahagian Landskap Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah melaksanakan kerja-kerja penanaman pelbagai jenis pokok dan pokok renek di persekitaran Tugu Pahlawan Sibu yang baharu siap dibina.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, inisiatif ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha memperindahkan kawasan taman awam di bandar ini.

Menurutnya, inisiatif berkenaan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat.

“Antara spesies yang ditanam termasuklah Allamanda cathartica, Acalypha wilkesiana, Duranta ‘Dwarf Yellow’, Malvaviscus arboreus, Phyllanthus myrtifolius, Hymenocallis speciosa (Spider Lily), Pandanus pygmaeus dan Bucida variegated,” jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Izakandar berkata, usaha tersebut juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 11 (Bandar dan Masyarakat Mampan), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Katanya, pihak majlis berharap kawasan hijau di sekitar tugu berkenaan akan terus subur dan menjadi ruang yang damai untuk renungan serta penghargaan kepada jasa para pahlawan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak digesa terus cemerlang dan realisasikan impian ‘dream it make it happen’
Next: Huang utamakan kesejahteraan rakyat luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.