Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS laksana inisiatif baharu permudah pendaftaran lesen perniagaan
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS laksana inisiatif baharu permudah pendaftaran lesen perniagaan

Utusan Sarawak 2 days ago
MESYUARAT…..Ting (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MPS di Wisma Sanyan, hari ini. Turut kelihatan ialah Izkandar (kiri).

SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan projek perintis Ease of Doing Business di Bahagian Sibu, bermula 1 Ogos ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort berkata, menerusi projek ini, proses permohonan pendaftaran nama perniagaan (Pejabat Daerah), lesen perniagaan (Pejabat Perbendaharaan), serta lesen operasi di bawah bidang kuasa MPS akan diselaraskan secara berpusat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

“Pemohon hanya perlu mengisi satu borang komposit yang merangkumi maklumat lengkap untuk ketiga-tiga permohonan. Borang tersebut boleh diserahkan di UTC Sibu untuk diproses,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tempoh pemprosesan disasarkan tidak melebihi 14 hari bekerja bagi permohonan lesen melibatkan perniagaan berisiko rendah.

Tambah beliau, pelaksanaan projek ini akan dipantau dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan dan kelancarannya.

“Kami berbesar hati kerana Sibu dipilih sebagai lokasi pelaksanaan projek perintis ini.

“MPS komited untuk menjayakan inisiatif ini bersama agensi berkaitan,” katanya.

Ting turut menasihatkan para pemohon agar melengkapkan borang permohonan dengan teliti serta menyertakan semua dokumen sokongan bagi mempercepatkan proses kelulusan.

“Kita telah diminta oleh kerajaan negeri untuk melakukan ini, MPS akan cuba melakukan yang terbaik untuk menjayakan projek perintis ini, semuanya akan dipindahkan ke UTC,” jelasnya.

Beliau turut berharap orang ramai memberikan kerjasama dan masa kepada pihak majlis dalam menyesuaikan pelaksanaan sistem baharu ini.

“Kami hanya ingin memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Saya rasa UTC adalah lokasi paling sesuai untuk menyelaras semua urusan berkaitan permohonan lesen,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MPS di Wisma Sanyan, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley dan semua ahli majlis.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Ular sawa ditemui di bilik air restoran di Limbang
Next: Tamu Desa Sungai Apong diperkasa, simbol sokongan kepada usahawan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.