Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS keluarkan notis amaran kebersihan ke atas enam premis makanan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS keluarkan notis amaran kebersihan ke atas enam premis makanan di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
NOTIS AMARAN… Unit Makanan, Bahagian Kesihatan Awam MPS mengeluarkan notis amaran kebersihan ke atas salah sebuah premis makanan dalam pemeriksaan semalam.

SIBU: Unit Makanan, Bahagian Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengeluarkan notis amaran kebersihan ke atas enam premis makanan di sekitar Jalan Cross, Jalan Kampung Nyabor, Jalan Hua Kiew dan Jalan Keranji, semalam.

Semua premis terbabit telah diarahkan untuk melakukan pembersihan serta memperbaiki tahap sanitasi dalam tempoh 14 hari. Dua premis turut diarahkan melupuskan peralatan dapur yang usang.   

Dalam pada itu, sebuah premis makanan turut dikompaun RM100 kerana melakukan aktiviti memasak di kaki lima.  

Pemeriksaan diketuai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat disertai ahli majlis MPS, kakitangan dan pegawai penguatkuasa MPS serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, pegawai KKM yang menyertai pemeriksaan tersebut memberikan pendidikan kesihatan kepada pengendali dan pekerja makanan bagi meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan makanan.  

MPS memaklumkan bahawa pemeriksaan susulan akan dijalankan bagi memastikan semua premis mematuhi syarat kebersihan dan keselamatan makanan seperti ditetapkan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Sarawak terus kukuh amalan segulai sejalai 
Next: Wanita PBB Machan hulur sumbangan kepada pesakit OKU dan individu sakit kronik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.