Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPP, Trienekens pupuk kesedaran alam sekitar melalui inisiatif kitar semula sekolah
  • TEMPATAN

MPP, Trienekens pupuk kesedaran alam sekitar melalui inisiatif kitar semula sekolah

Utusan Sarawak 1 day ago
: Pengerusi MPP, Tan Kai dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens, Elvin Wee bergambar bersama pelajar dan guru pada akhir sesi program.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd terus memperkukuh usaha memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah melalui Program Pendidikan Pengasingan Sisa Pepejal dan Kitar Semula.

Program tersebut berakhir baru-baru ini dengan majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Kuching.

Program yang mula diperkenalkan pada 2012 itu telah melibatkan beberapa sekolah rendah dan menengah di bawah kawasan pentadbiran MPP. 

Inisiatif tersebut bertujuan mendidik pelajar tentang kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta mengamalkan pengasingan dan kitar semula dalam kehidupan seharian.

Tahun ini, program berkenaan menerima sokongan bermakna daripada Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) selaku pembekal susu sekolah yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan (KPM). 

Selain membekalkan susu berkhasiat, DLMI turut bekerjasama dengan MPP dan Trienekens dalam memupuk tanggungjawab alam sekitar dengan menggalakkan pelajar mengitar semula pek susu terpakai.

Pengerusi MPP, Tan Kai, berkata program itu bukan sekadar memberi pendidikan mengenai kitar semula, tetapi turut menanam nilai positif dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

“Dengan memupuk kesedaran alam sekitar sejak kecil, kita sedang membina asas kukuh untuk masyarakat yang lebih bersih dan hijau. 

“Melalui kerjasama dengan pihak sekolah serta sokongan berterusan daripada Trienekens dan DLMI, usaha ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan,” katanya melalui sebuah kenyataan media, hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens, Stephen Chin, turut menzahirkan penghargaan kepada pelajar, guru dan rakan kerjasama atas komitmen mereka dalam menjayakan program berkenaan.

“Dengan membentuk tabiat yang betul sejak awal, kita membantu generasi muda memahami bahawa kelestarian bermula dengan tindakan kecil setiap hari seperti mengasingkan sisa, mengitar semula dan mengurus penggunaan sumber dengan lebih bijak,” katanya.

Program tahun ini turut menganjurkan dua pertandingan utama iaitu Pertandingan Antara Sekolah Pusat Kitar Semula Terbaik dan Pertandingan Kutipan Pek Susu Terbanyak Dutch Lady, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pengasingan dan kitar semula.

Sepanjang tahun, pelajar juga terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna, pertandingan kutipan bahan kitar semula antara kelas, Cabaran Jadikan Aku Baharu (kitar semula tekstil) dan Perlumbaan Hijau Menakjubkan yang menguji kreativiti serta kesedaran alam sekitar mereka.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah menyaksikan SJK Chung Hua Pangkalan Baru dinobatkan sebagai juara bagi kedua-dua kategori utama, membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi. SJK Chung Hua Stapok meraih tempat kedua manakala SK St. Augustine Mambong di tempat ketiga.

Antara sekolah lain yang turut mengambil bahagian ialah SK Matang Jaya, SK Taba Sait, SK St. Francis Xavier, SK Garland, SJK Chung Hua Batu 4 1/2, SM Sains Kuching dan SMK Matang Hilir.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Dyg Hadzlina Quintan Abang Shokeran, Pengarah Hal Ehwal Korporat DLMI, Ezmir Hazizi Azhar, serta ahli-ahli majlis MPP.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap calls for stronger action against online job scam syndicates exploiting Sarawak youths
Next: ‘Scooterist Super Sunday’ meriah, himpunkan peminat skuter sekitar Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.