Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP selesai 20 kes kenderaan terbiar di tepi jalan
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP selesai 20 kes kenderaan terbiar di tepi jalan

Utusan Sarawak 7 months ago

Tan Kai ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Kesedaran Bagi Promosi Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar 2024 di Emart Batu Kawa, hari ini. 

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah berjaya menguruskan 20 kes berkaitan kenderaan terbiar yang diletakkan di tepi-tepi jalan sekitar kawasan ini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai berkata, kenderaan terbiar ini telah dialihkan dan diambil oleh MPP bagi memastikan kawasan tersebut tidak menghalang atau mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Katanya, beberapa prosedur khusus perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kenderaan terbiar boleh diambil atau dialihkan.

“Prosedur ini amat penting bagi mengelakkan sebarang konflik dengan pemilik, terutamanya jika notis awal tidak diberikan. 

“Biasanya, notis amaran awal akan diletakkan pada kenderaan tersebut selama tujuh hari. Jika pemilik tidak mengambil tindakan dalam tempoh tersebut, pihak berkuasa akan mengambil alih kenderaan itu.

“Banyak kes seperti ini telah berjaya diselesaikan terutamanya di Jalan Stephen Yong dan kawasan Matang kerana pemilik tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kenderaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Kesedaran Bagi Promosi Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar 2024 di Emart Batu Kawa di sini, hari ini. 

Pemangku Setiausaha MPP, Ita Ling, pula menjelaskan bahawa notis tujuh hari perlu diberikan untuk memberi peluang kepada pemilik menuntut kenderaan mereka sebelum ia diambil oleh pihak majlis.

“Selain itu, tempoh ini juga memberi peluang kepada pihak majlis untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan maklumat pemilik kenderaan.

“Kes kenderaan terbiar semakin meningkat, namun kami telah mengambil langkah proaktif melalui pelbagai kempen dan inisiatif untuk mengatasi masalah ini dan mencegahnya daripada terus berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Kai menegaskan bahawa MPP telah melancarkan kempen untuk membeli semula barang elektronik yang rosak daripada pengguna, bertujuan untuk memastikan peralatan tersebut tidak dibuang merata-rata.

“Semua produk elektronik ini dibeli semula oleh syarikat kitar semula untuk memastikan kelestarian alam terus terpelihara,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal 

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Oya sepanjang 1.44 km siap Disember ini
Next: Projek bina semula SK Kampung Bahagia Jaya dijangka siap awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.