Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP perkukuh langkah pencegahan banjir di Padawan
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP perkukuh langkah pencegahan banjir di Padawan

Utusan Sarawak 9 hours ago
Pekerja MPP membersihkan longkang bagi memastikan tiada halangan.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi musim hujan dengan memantau kawasan berisiko banjir serta melaksanakan langkah mitigasi bagi menangani takungan air hujan dan banjir kilat demi memastikan keselamatan penduduk.

Pengerusi MPP, Tan Kai, berkata beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan untuk mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan keselamatan awam. Antaranya termasuk kerja memangkas dan menebang pokok yang menghalang penglihatan pengguna jalan raya, khususnya ketika hujan lebat.

Selain itu, kerja pengorekan longkang tanah di lokasi panas banjir turut dijalankan bagi melancarkan aliran air, di samping pembersihan longkang secara berkala untuk mengelakkan sumbatan.

Tan Kai menjelaskan projek pembinaan longkang konkrit di Lorong 1 Jalan Arang telah siap sepenuhnya, termasuk kerja penambakan semula dan penurapan bitumen.

Kawasan tersebut sebelum ini sering mengalami masalah takungan air yang menjejaskan penduduk sekitar.

Pekerja MPP membersihkan longkang bagi memastikan tiada halangan.

Masalah berkenaan berjaya diselesaikan melalui kerja penyelenggaraan longkang bertutup sepanjang 79.6 meter serta penurapan semula jalan oleh pihak majlis.

Pasukan MPP juga kekal bersiap siaga selama 24 jam bagi menyokong operasi kecemasan sepanjang musim hujan.

Tan Kai merujuk kepada insiden dua minggu lalu apabila pasukan MPP membantu melancarkan aliran trafik susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Penrissen, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik semasa kerja pembersihan dijalankan.

Beliau menegaskan MPP komited melindungi keselamatan penduduk serta memperkukuh usaha mitigasi banjir sepanjang musim hujan.

Orang ramai turut digesa agar sentiasa peka terhadap maklumat cuaca dan bekerjasama dengan arahan pihak berkuasa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sukaneka Hari Keluarga 2025 perkukuh silaturahim warga BBP Bintangor
Next: APM giat lakukan pemantauan banjir di Marudi, Beluru dan Telang Usan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.