Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP nafi dakwaan pengurangan kekerapan kutipan sampah di Pekan Lama Batu Kawa
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP nafi dakwaan pengurangan kekerapan kutipan sampah di Pekan Lama Batu Kawa

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGERUSI MPP, Cr. Tan Kai mendengar penerangan daripada Pengurus Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd., Lee Ghee Seng bersama Ketua Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan Perbandaran MPP, Agnes Penny Dolen.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, menafikan dakwaan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, bahawa kekerapan kutipan sampah di Pekan Lama Batu Kawa telah dikurangkan.

Menurut beliau, MPP telah mengadakan perbincangan khas bersama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd sejurus menerima dakwaan tersebut bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan di lapangan serta laporan yang dikemukakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan itu mendapati kutipan sampah di kawasan terbabit masih dilaksanakan mengikut jadual asal, iaitu dua kali seminggu pada setiap Rabu dan Sabtu.

“Kenyataan tersebut dilihat bersandarkan khabar angin dan tidak disokong oleh fakta. Dakwaan yang tidak tepat seperti ini boleh mengelirukan orang ramai.

“Ahli Parlimen seharusnya mendapatkan pengesahan fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej dan reputasi MPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut rekod MPP dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan meningkat sepanjang sambutan Hari Gawai baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua sampah berjaya dikutip pada hari yang sama dan tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap jadual kutipan sedia ada.

Dalam pada itu, Tan menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang aduan berkaitan kutipan sampah atau kemudahan tong sampah secara terus kepada MPP melalui Ahli Majlis Residen atau saluran komunikasi rasmi majlis berkenaan.

Beliau berkata, aduan juga boleh dikemukakan kepada Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd menerusi Talian Khidmat Pelanggan di 082-612300 atau melalui e-mel di customercare@trienekens.com.my.

Selain itu, aplikasi Trienekens Customer Care yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play turut disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat laporan serta memantau status isu berkaitan perkhidmatan kutipan sampah.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Empat projek RTP bernilai RM920,000 siap, tingkat infrastruktur luar bandar di DUN Kabong
Next: 11,500 pengguna terjejas akibat gangguan telekomunikasi di Sungai Plan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.