Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPP nafi dakwaan penguatkuasaan terpilih berhubung penurunan pelekat
  • TEMPATAN

MPP nafi dakwaan penguatkuasaan terpilih berhubung penurunan pelekat

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGERUSI MPP, Tan Kai terus mengedarkan pelekat Tahun Baharu Cina.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menafikan dakwaan berhubung penguatkuasaan terpilih seperti yang dibangkitkan oleh Michael Kong, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, berhubung tindakan yang diambil di sebuah pasar di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai, berkata bahawa bangunan milik majlis, termasuk pasar awam, merupakan ruang komuniti yang dikongsi bersama penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian, dan bukannya tempat untuk memaparkan sebarang bahan politik, sama ada daripada parti pemerintah mahupun pembangkang.

Beliau menjelaskan bahawa pihak penguat kuasa bukan sahaja menurunkan pelekat yang memaparkan logo parti politik, malah turut menanggalkan iklan pemberi pinjaman wang tidak berlesen sebagai sebahagian daripada operasi rutin majlis.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan dakwaan penguatkuasaan terpilih sebagai mengelirukan.

Menurutnya, sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu serta menjelang Ramadan, adalah satu usaha yang baik apabila mana-mana pihak termasuk syarikat swasta mengedarkan kalendar atau bahan ucapan perayaan.

Tambah beliau, beliau bersama ahli majlis turut mengedarkan bahan rasmi yang dicetak oleh majlis bagi meraikan penjaja dan peniaga sekitar.

Bagaimanapun, katanya, penjaja tidak digalakkan memaparkan bahan yang memaparkan logo atau simbol politik di premis milik majlis bagi memastikan ruang awam tersebut kekal berkecuali.

Beliau turut menggesa Michael Kong supaya tidak mempolitikkan perkara itu ketika musim perayaan, sambil menegaskan bahawa pasar awam yang diuruskan majlis mencerminkan perpaduan apabila gerai halal, tidak halal dan hasil hutan beroperasi bersebelahan, dengan penjaja daripada pelbagai latar belakang berniaga di bawah satu bumbung sebagai lambang keharmonian komuniti.

Walaupun ahli politik tidak dihalang daripada melawat pasar milik majlis, beliau menegaskan bahawa parti politik tidak seharusnya menampal bahan politik pada bangunan majlis kerana kemudahan tersebut bukan milik mana-mana organisasi politik.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sedia tingkat eksport babi hidup ke Selangor
Next: Majlis pembungkusan sumbangsih Tahun Baharu Cina 2026 cerminkan dasar keterangkuman kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.