Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP lancar program kitar semula bersama gereja Methodist untuk memupuk komuniti lestari
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP lancar program kitar semula bersama gereja Methodist untuk memupuk komuniti lestari

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENYERAHAN Tong Kitar Semula oleh Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai kepada wakil Gereja Methodist Zhu En, Batu Kawa.

PADAWAN: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melancarkan Program Kitar Semula Bersama Rumah Ibadat dengan kerjasama tiga Gereja Methodist, sekali gus menandakan kerjasama pertama majlis itu dengan organisasi berasaskan keagamaan dalam usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab di kawasan Padawan.

Program tersebut dilancarkan secara rasmi di Gereja Methodist Zhu En, Batu Kawa oleh Pengerusi MPP Tan Kai, yang menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kitar semula.

“Perlindungan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan penyertaan aktif daripada semua lapisan masyarakat, termasuk institusi keagamaan yang memainkan peranan penting dalam membentuk nilai dan mempengaruhi perubahan tingkah laku positif dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata program itu bukan sekadar mengumpul bahan kitar semula, tetapi bertujuan memupuk budaya tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Program ini bukan sekadar mengenai pengumpulan bahan kitar semula. 

Ia adalah mengenai usaha memupuk budaya tanggungjawab terhadap alam sekitar dan menggalakkan komuniti mengamalkan prinsip 5R iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose dan Recycle. Melalui tindakan bersama, kita dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan dan mewujudkan Padawan yang lebih bersih, sihat serta lestari untuk generasi akan datang,” katanya.

Menurut Tan Kai, rumah ibadat juga boleh menjadi contoh kepimpinan komuniti dalam mempromosikan gaya hidup lestari dan penjagaan alam sekitar.

Di bawah inisiatif itu, ketiga tiga gereja yang terlibat akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan kitar semula komuniti serta menjadi penggerak kepada amalan tanggungjawab alam sekitar. Ahli gereja dan penduduk sekitar digalakkan untuk menyertai aktiviti kitar semula, mengurangkan penghasilan sisa dan mengamalkan gaya hidup mesra alam.

Semasa majlis pelancaran, MPP dan ketiga tiga gereja tersebut menandatangani serta bertukar Memorandum Persefahaman (MoU).

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, MPP menyediakan tiga tong kitar semula kepada setiap gereja, manakala pihak gereja akan menyelaras aktiviti pengumpulan bahan kitar semula serta menyerahkan data bulanan kepada majlis untuk tujuan pemantauan dan penilaian.

Program ini menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Bandar dan Komuniti Mampan, Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, Tindakan Iklim serta Perkongsian untuk Matlamat.

Tan berkata MPP berharap program tersebut dapat menjadi model kepada kerjasama masa depan dengan rumah ibadat lain termasuk surau, kuil dan organisasi berasaskan keagamaan yang lain bagi memperkukuhkan penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar serta mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Beliau menambah bahawa program itu mencerminkan komitmen berterusan MPP untuk membangunkan sebuah perbandaran yang lestari, inklusif dan selesa didiami melalui kerjasama komuniti yang kukuh serta tindakan bersama dalam menjaga alam sekitar.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Limbang musnahkan sarang tebuan tanah di Kampung Lubuk Lasas
Next: UPMS anjur SeDarah 3.0, bantu tingkatkan bekalan darah Hospital Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.