Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPP aktifkan semula kempen ‘tiada beg plastik’
  • Selatan
  • WILAYAH

MPP aktifkan semula kempen ‘tiada beg plastik’

Utusan Sarawak 7 months ago

PERASMIAN… Tan Kai ketika menyempurnakan Program Kesedaran Bagi Promosi Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar 2024 di Emart Batu Kawa hari ini. 

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengumumkan pengaktifan semula kempen “Tiada Beg Plastik Sekali Guna” dan “Tiada Bekas Makanan Polistirena” dengan kerjasama pemilik perniagaan dan pengendali makanan di kawasan pentadbirannya.

Pengerusi MPP Tan Kai berkata, inisiatif ini adalah langkah penting untuk mengurangkan sisa plastik dan membangunkan komuniti yang lebih lestari. 

“Saya sangat gembira melihat semakin ramai orang membawa beg sendiri ketika membeli-belah di pasar raya dan saya ingin memuji pemilik perniagaan yang telah menyokong inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesedaran Bagi Promosi Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar 2024 di Emart Batu Kawa di sini, hari ini. 

Mengenai Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia, Tan menjelaskan bahawa MPP memberi fokus kepada empat objektif utama.

“Antaranya adalah meningkatkan kesedaran komuniti tentang kesan faktor persekitaran terhadap kesihatan awam, termasuk keselamatan makanan dan pengurusan sisa untuk membantu mereka membuat keputusan yang bijak.

“Kami percaya bahawa akses kepada maklumat yang mudah akan mendorong individu untuk mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan dan alam sekitar mereka.

“Selain itu, mempromosikan amalan lestari untuk menggalakkan tingkah laku seperti mengurangkan sisa, menjimatkan air dan menyokong sumber tenaga bersih, di mana tindakan kecil ini memberi kesan besar,” katanya.

Tan berkata objektif ketiga adalah melibatkan penyertaan komuniti dalam aktiviti seperti kempen pembersihan, penanaman pokok, dan pemeriksaan kesihatan.

“Sudah tentu, yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya adalah mengukuhkan kerjasama, kerana tiada satu pun daripada ini dapat dicapai tanpa kerjasama.

“Oleh itu, kerjasama dengan kerajaan tempatan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan organisasi kesihatan membolehkan kita mengoptimumkan impak yang dapat dicapai,” katanya.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Komposisi kepelbagaian kaum di Baram lambang perpaduan
Next: 35 warga PPDK Sarikei sertai latihan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.