Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mpox: Tiada kes baharu dilaporkan, KKM pantau virus
  • WILAYAH

Mpox: Tiada kes baharu dilaporkan, KKM pantau virus

Utusan Sarawak 9 months ago
SUMBANG… Dato Lukanisman Awang Sauni menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada salah sebuah tadika KEMAS Sibuti pada Program Jualan Rahmah MADANI di MDS Mall Bekenu di Simpang Bekenu, semalam.

BEKENU: Tiada kes baharu wabak cacar monyet (Mpox) di Malaysia setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa memantau virus berkenaan malah telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM juga memantau kes jangkitan di Singapura serta negara-negara yang bersempadan dengan Malaysia.

Katanya, tentang waba Mpox bahawa KKM akan laksanakan prosedur sedia ada terutama di pintu masuk, (pusat) kuarantin dan juga (melakukan) segala ujian.

“Kita telah keluarkan infografik mengenai Mpox yang kebanyakannya merupakan jenis clade 2 yang tidak begitu berbahaya.

“Namun kita bimbang dengan perkembangan semasa terdapat Mpox clade 1B, yang merupakan strain yang agak berbahaya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sibutu berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Jualan Rahmah MADANI di MDS Mall Bekenu, di Simpang Bekenu semalam.

Tambahnya, Mpox boleh merebak sekiranya terdapat kontak rapat dan terdedah kepada golongan berisiko tinggi termasuk yang melakukan hubungan sejenis.

Mpox adalah berbeza dengan Covid-19 namun KKM mempunyai SOP untuk mengawalnya penularannya, katanya lagi.

Sehubungan itu, KKM sebelum ini memaklumkan, jumlah keseluruhan Mpox yang disahkan di Malaysia kekal sembilan dengan kes pertama dilaporkan 26 Julai 2023 dan terakhir pada November tahun sama.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Penduduk Kemuyang resah masalah air, elektrik selain cahaya malap di jalan raya
Next: Bomba Sibu bersiap siaga hadapi hujan lebat, ribut petir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.