Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPOB tutup stesen penyelidikan di Belaga
  • WILAYAH

MPOB tutup stesen penyelidikan di Belaga

Utusan Sarawak 2 years ago
Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)  Belaga telah ditutup dan kakitangannya dipindahkan ke Stesen Penyelidikan MPOB Sessang.

KUALA LUMPUR: Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)  Belaga yang menjalankan kegiatan agronomi dan aktiviti penyelidikan telah ditutup dan kakitangannya dipindahkan ke Stesen Penyelidikan MPOB Sessang.

Stesen Penyelidikan MPOB Belaga yang terletak di mukim Sungai Asap, Belaga, kira-kira 155 km dari Bandar Bintulu ditubuhkan pada 2009 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Stesen itu, dengan keluasan 6.252 hektar mula beroperasi pada 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pemindahan ke Stesen Penyelidikan Sessang adalah antara langkah MPOB untuk menjimatkan kos  pengurusan yang mengambil kira penyelenggaraan Stesen Belaga yang tinggi kerana keadaan topografinya dan hasil buah tandan segar yang rendah.

Bagaimanapun, operasi Pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) di Stesen MPOB Belaga ini masih diteruskan dan dibuka secara berkala, dua hari seminggu bagi memberi perkhidmatan kepada pekebun kecil di kawasan sekitar Sungai Asap, tambah kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: 364 pelajar tiga sekolah menengah hadiri peperiksaan diagnostik
Next: UTS tambah kakitangan tampung peningkatan jumlah pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.