Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • MPKS teruskan Operasi Kenderaan Terbiar di kawasan komersial Desa Ilmu
  • JENAYAH

MPKS teruskan Operasi Kenderaan Terbiar di kawasan komersial Desa Ilmu

Utusan Sarawak 7 hours ago

MPKS meneruskan Operasi Kenderaan Terbiar di sekitar kawasan komersial Desa Ilmu 2.0 sebagai langkah penguatkuasaan berterusan untuk memastikan kebersihan, keselamatan awam, dan imej perbandaran terpelihara. Foto: MPKS

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) semalam meneruskan Operasi Kenderaan Terbiar di sekitar kawasan komersial Desa Ilmu 2.0 sebagai langkah penguatkuasaan berterusan untuk memastikan kebersihan, keselamatan awam, dan imej perbandaran terpelihara.

Menurut kenyataan media MPKS, operasi ini dilaksanakan susulan tamatnya tempoh notis amaran selama tujuh hari yang telah dikeluarkan sebelum ini kepada pemilik kenderaan terbiar di kawasan tersebut.

Namun begitu, pihak berkuasa mendapati tiada tindakan susulan diambil oleh pemilik kenderaan dalam tempoh yang ditetapkan, sekali gus memaksa pihak MPKS mengambil langkah lebih tegas.

Sehubungan itu, MPKS telah melakukan tindakan sitaan dan penundaan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi arahan dan notis yang dikeluarkan, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Tindakan ini juga bertujuan mengelakkan sebarang risiko keselamatan awam, termasuk kesesakan lalu lintas dan potensi kemalangan yang mungkin berlaku akibat kenderaan terbiar.

MPKS menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan perbandaran sentiasa bersih, selamat, dan teratur.

Selain itu, operasi ini diharap dapat mewujudkan persekitaran ceria dan kondusif untuk komuniti setempat, selari dengan usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Orang ramai juga diingatkan agar mematuhi semua peraturan pengurusan kenderaan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SPRM tahan lima lagi individu bantu siasatan rasuah syarikat kroni TLDM
Next: Polis kenal pasti pemilik akaun bank kes penipuan dalam talian di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.