
SADONG JAYA: Program Cegah Sebelum Parah anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan berlangsung meriah di Dewan Warisan Sadong Jaya hari ini, bertujuan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.
Antara pengisian program termasuk ceramah kesihatan mental akibat penyalahgunaan dadah, sesi perkongsian kejayaan bekas penagih, pameran agensi berkaitan serta demonstrasi anjing K9 oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.

Program turut disempurnakan penutupannya oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidil Lariwoo.
Menurut beliau, program tersebut dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia tentang bahaya dadah serta memupuk rasa benci terhadapnya demi melahirkan generasi belia yang lebih baik untuk masa depan Sarawak.
Oleh Masrin Affirah