Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPKS pantau kerja baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2
  • TEMPATAN

MPKS pantau kerja baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2

Utusan Sarawak 4 hours ago
KERJA baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2 sedang giat dilaksanakan di bawah pemantauan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bagi memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk setempat. Foto MPKS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mengambil tindakan susulan dengan melaksanakan pemantauan rapi terhadap kerja baik pulih jalan runtuh di Lorong Taman APT 2 yang kini sedang giat dijalankan.

MPKS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa berhubung serta mengadakan perbincangan berterusan dengan kontraktor yang terlibat bagi memastikan kerja di lapangan dapat disegerakan demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Sehubungan itu, MPKS memohon semua penduduk di kawasan berkenaan supaya terus memberikan kerjasama serta sokongan agar kerja baik pulih dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jalan Ketitir berlubang, pihak berkuasa ambil tindakan segera
Next: Diskaun saman JPJ 50 peratus berbaki 12 hari lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.