Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPKS laksana operasi sitaan di beberapa kawasan sekitar Kota Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

MPKS laksana operasi sitaan di beberapa kawasan sekitar Kota Samarahan

Utusan Sarawak 10 hours ago
MPKS melaksanakan operasi sitaan terhadap struktur dan perniagaan yang melanggar peraturan di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbirannya, hari ini. Foto: MPKS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) melaksanakan operasi sitaan terhadap struktur dan perniagaan yang melanggar peraturan di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbirannya, hari ini.

Menurut kenyataan media MPKS, operasi yang bermula seawal 9.00 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa dengan memberi tumpuan kepada khemah terbiar, papan tanda haram serta gerai yang didirikan tanpa kebenaran di bahu jalan.

Operasi berkenaan dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memastikan persekitaran awam kekal teratur, selamat dan mematuhi undang-undang kecil yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Antara lokasi yang terlibat dalam operasi tersebut termasuk kawasan Aiman 2 Commercial, Taman Berlian, Taman Samarindah, Bandar Riyal Commercial serta sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway.

Pihak MPKS memaklumkan bahawa tindakan sitaan dilakukan selepas mendapati terdapat pelanggaran jelas terhadap peraturan, khususnya melibatkan penggunaan ruang awam tanpa kelulusan rasmi.

MPKS melaksanakan operasi sitaan terhadap struktur dan perniagaan yang melanggar peraturan di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbirannya, hari ini. Foto: MPKS

Pada masa sama, MPKS menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha memastikan tahap pematuhan undang-undang sentiasa berada pada tahap tinggi.

Langkah tersebut juga penting bagi menjaga kesejahteraan komuniti setempat serta mengelakkan risiko keselamatan yang mungkin timbul akibat struktur tidak sah atau aktiviti perniagaan tanpa kawalan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya peniaga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta mendapatkan kelulusan daripada MPKS sebelum mendirikan sebarang struktur atau menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Isu laluan Taman Clean dikecilkan perlu penyelesaian menyeluruh
Next: SMK Saratok cipta sejarah, catat keputusan SPM terbaik dengan GPS 4.65

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.