Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPKS beri tempoh penjaja roboh struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Desa Ilmu
  • TEMPATAN

MPKS beri tempoh penjaja roboh struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Desa Ilmu

Utusan Sarawak 7 hours ago
MPKS ambil tindakan tegas dengan mengarahkan pemilik struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Jalan Desa Ilmu untuk merobohkan binaan tersebut dengan serta-merta. Foto MPKS

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) hari ini mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan pemilik struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Jalan Desa Ilmu untuk merobohkan binaan tersebut dengan serta-merta.

​Menurut kenyataan media MPKS berkata, tindakan tersebut diambil hasil pemantauan dan pemeriksaan susulan oleh Bahagian Penguatkuasa ekoran aduan orang awam yang bimbang akan gangguan di kemudahan awam berkenaan. 

Hasil siasatan di lokasi mendapati beberapa penjaja telah mendirikan struktur tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

​Sebagai langkah awal, anggota penguatkuasa telah memasang tali di kawasan terlibat bagi menghalang aktiviti berterusan di atas laluan pejalan kaki tersebut. 

Langkah ini bertujuan untuk menandakan kawasan larangan sementara proses pembersihan dan perobohan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. ​Selain pemasangan tali, MPKS turut menampal notis arahan rasmi kepada pemilik struktur terbabit. 

MPKS ambil tindakan tegas dengan mengarahkan pemilik struktur binaan kekal di laluan pejalan kaki Jalan Desa Ilmu untuk merobohkan binaan tersebut dengan serta-merta. Foto MPKS

Notis berkenaan mewajibkan pihak terlibat untuk merobohkan binaan tersebut dan memastikan kawasan sekitar dibersihkan daripada sebarang sisa atau bahan binaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

​Pihak MPKS menjelaskan bahawa pembinaan struktur kekal di atas rizab jalan atau laluan pejalan kaki adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja menghalang pergerakan orang ramai, malah boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki di kawasan Desa Ilmu.

​Dalam kenyataan yang sama, MPKS menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk kepentingan peribadi.

Pemantauan secara berkala akan terus dipergiatkan bagi memastikan kebersihan dan imej bandar Samarahan sentiasa terjaga daripada pencerobohan struktur haram.

​Pihak majlis turut menggesa para peniaga agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan sedia ada dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan laluan awam sentiasa terpelihara, selamat, dan berfungsi mengikut tujuan asalnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak gesa MPP proaktif tangani masalah pengangkutan, infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.