Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MPIC bantu input pertanian RM16.11 juta
  • BISNES

MPIC bantu input pertanian RM16.11 juta

Utusan Sarawak 5 years ago
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin (tengah) dan Ketua Lembaga Lada Malaysia, Stanley Liew (kanan) mengadakan lawatan sambil memeriksa bijian lada di Kebun Lada milik Betis Siman (kiri) di Kampung Jambu, semalam.

NUR AIN OTSMAN

PADAWAN: Mengambil kira sektor lada merupakan pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara terutamanya masyarakat luar bandar, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan terus berusaha untuk memastikan pembangunan sosioekonomi lebih 34,701 pekebun kecil lada dengan kawasan penanaman lada seluas 7,375 hektar di seluruh negara terjamin.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin berkata, dalam hal ini kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.11 juta di bawah PRE PRIHATIN 2020 bagi 5,370 hektar dalam bentuk bantuan input pertanian kepada 30,000 pekebun kecil lada yang layak di seluruh negara.

“Pemberian bantuan input pertanian ini bertujuan membantu pekebun kecil lada bagi menyelenggarakan kebun yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Lawatan ke Kebun Lada milik Betis Simam di Kampung Jambu, Padawan, semalam.

Ujarnya, melalui usaha ini, MPIC berharap semua aktiviti sektor lada akan dilaksanakan dengan teratur dan selamat dengan mengambil kira aspek normal baharu yang disarankan oleh Kerajaan.

“Penularan wabak Covid-19 dan PKP yang sedang berjalan telah memberikan kesan tidak langsung kepada sektor lada terutamanya bagi aktiviti eksport dan jual beli lada.

“Aktiviti jual beli lada adalah terbatas dengan pekebun hanya dapat menjual lada kepada peraih yang berdekatan kawasan mereka sahaja.

“Manakala, eksport lada juga terjejas akibat aktiviti pengredan dan pemprosesan lada untuk tujuan eksport oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” tambahnya lagi.

Namun demikian, kerja-kerja penyelenggaraan kebun lada masih diteruskan oleh pekebun kecil lada dengan pengamalan penjarakan sosial antara pemilik kebun dan pekerja dan pemakaian topeng muka semasa menjalankan aktiviti di kebun.

Willie telah melawat kebun-kebun lada di Sarawak bagi meninjau tahap pematuhan pekebun kecil lada semasa PKP yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Selain itu, beliau juga mengambil peluang untuk mendengar sendiri masalah dan isu yang dihadapi oleh pekebun kecil lada.

Continue Reading

Previous: Maybank IB kekalkan unjuran OPR 2 peratus tahun ini
Next: KWSP sambung semula perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.