Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MPI lancar Diploma Kejururawatan bantu atasi kekurangan jururawat
  • PENDIDIKAN

MPI lancar Diploma Kejururawatan bantu atasi kekurangan jururawat

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERASMIAN… Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPI, Pusat Perubatan Rejang (RMC) dan Pusat Perubatan Borneo (BMC).

SIBU: Institut Methodist Pilley (MPI) hari ini melancarkan Program Diploma Kejururawatan sebagai langkah penting untuk menangani kekurangan jururawat bertauliah di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, program tersebut adalah tepat pada masanya berikutan peningkatan keperluan terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Jururawat merupakan tulang belakang sistem kesihatan negara. Peranan mereka bukan sahaja melibatkan tugas klinikal, malah memberi penjagaan, sokongan emosi dan kasih sayang kepada pesakit,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut di MPI, hari ini.

Menurutnya, Malaysia kini berdepan kekurangan jururawat terlatih, dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mengisi 15,000 kekosongan jawatan jururawat di fasiliti kesihatan awam tahun ini.

Katanya, keperluan terhadap lebih ramai jururawat didorong oleh beberapa faktor termasuk peningkatan populasi warga emas serta pertambahan kes penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung yang memerlukan pemantauan jangka panjang.

“Tanpa institusi seperti MPI yang melahirkan graduan berkualiti, sukar untuk kita memastikan sistem kesihatan negara kekal kukuh dan mampan,” ujarnya.

Hanifah berkata, kerjasama tersebut mencerminkan bagaimana sinergi antara institusi pendidikan dan sektor kesihatan swasta mampu memperkukuh tenaga kerja kesihatan negara.

Beliau turut menggalakkan pelajar untuk memilih bidang kejururawatan sebagai kerjaya, sambil menyifatkannya sebagai profesion mulia yang memerlukan empati, ketahanan dan dedikasi tinggi.

“Permintaan terhadap jururawat berkemahiran akan terus meningkat, menjadikannya satu kerjaya yang stabil dan bermakna,” ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan komited untuk terus memperkukuh sistem kesihatan negara melalui pelaburan berterusan dalam modal insan dan infrastruktur.

Beliau yakin program tersebut berpotensi berkembang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kejururawatan di Sarawak.

Ditubuhkan pada 1991, MPI telah menyediakan pendidikan berkualiti dan mampu milik kepada masyarakat Sarawak selama lebih tiga dekad. 

Program baharu ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar tempatan untuk menceburi bidang kejururawatan.

Pada majlis tersebut, turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPI, Pusat Perubatan Rejang (RMC) dan Pusat Perubatan Borneo (BMC).

Kerjasama strategik itu akan menyediakan tajaan penuh serta elaun kepada pelajar, selain menjamin peluang kerjaya selepas tamat pengajian.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew, Pengerusi Lembaga Pengarah MPI, Paul Wong Hee Kwong, Timbalan Pengerusi MPI, Dr. Peter Tang, Presiden Persidangan Tahunan Cina Sarawak, Rev. Dr. Lau Hui Ming serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi kos sara hidup akibat krisis tenaga global
Next: Program Akademi JCI Mandrin Sibu perkasa kepimpinan belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.