Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Motosikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Bintangor awal pagi
  • KEBAKARAN

Motosikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Bintangor awal pagi

Utusan Sarawak 12 hours ago
MUSNAH TERBAKAR… Sebuah motosikal di di tepi bangunan di Jalan Dermaga, awal pagi tadi. Foto PGOB JBPM Sarawak

BINTANGOR: Sebuah motosikal terbakar 100 peratus di tepi bangunan di Jalan Dermaga, awal pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 4.00 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi. 

PADAM KEBAKARAN… Anggota bomba memadam kebakaran motosikal dengan satu aliran salur bantu mula. Foto PGOB JBPM Sarawak

“Sampai di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah motosikal yang diletakkan di tepi bangunan berhampiran telah terbakar 100 peratus dan tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba membuat pemadaman dengan satu aliran salur bantu mula sehingga tamat operasi. 

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 17 minit. Operasi memadamkan kebakaran motosikal selesai sepenuhnya pada 4.25 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga rumah terbakar di Kampung Igan, punca masih disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.