Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Motosikal bertembung kereta, seorang lelaki maut
  • KEMALANGAN

Motosikal bertembung kereta, seorang lelaki maut

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAUT… Mangsa maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah motokar di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Rumah Robert, Batu Niah sekitar 7.40 malam tadi.

NIAH: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah motokar di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Rumah Robert, Batu Niah sekitar 7.40 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, kemalangan berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang pembonceng lelaki berumur 37 tahun sedang menyeberang jalan di pusingan P (P-turn) dari arah simpang Rumah Robert menuju ke Rumah Lembung.

Sebuah motokar yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun bersama penumpang berumur 18 tahun dari arah Miri menuju Bintulu telah bertembung dengan motosikal berkenaan.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng dibawa ke Klinik Batu Niah untuk menerima rawatan lanjut.

Pemandu dan penumpang motokar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menggesa mana-mana saksi atau orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohamad Faizul Abdul Rahim di talian 014-8582582 / 085-430479, atau menghubungi balai polis berdekatan.

ACP Mohd Farhan turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut motosikal terbabas di Jalan Mukah-Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.