KUCHING: Kelihatan murung dan resah, motif bunuh diri seorang remaja berusia 17 tahun dari Kampung Sibuluh Jalan Bau-Lundu sekitar 4.00 pagi tadi tinggal tanda tanya.
Menurut saksi yang juga adik kepada mangsa berkata, beberapa hari sebelum insiden bunuh diri, abangnya kelihatan resah, seolah-olah kecewa, namun masalah tidak dikongsikan kepada ahli keluarga.
Kejadian diketahui apabila ibu kepada mangsa terkejut dengan bunyi penggera telefon bimbit yang tidak dimatikan mendorong ibunya naik ke tingkat 1 rumah bagi menggerakkan anak tersebut.
Ibu bertindak membuka pintu bilik anaknya itu namun berkunci.
Ibu turut menghubungi anaknya itu namun tidak dijawab dan penggera telefon bimbit pun tidak dimatikan.
Berang dengan keadaan itu, bapa kepada remaja berkenaan bertindak menendang pintu bilik anaknya dan mendapati anaknya gantung diri di dalam bilik tidurnya itu.
Menurut bapa kepada mangsa, Amiel Amstine Augustine, mangsa yang masih belajar di Tingakatan Lima sedang tidur di tingkat atas rumah tersebut.
Kejadian pagi tadi mengundang rasa dukacita kepada kedua-dua ibu bapa dan adik beradik mangsa.
“Adiknya datang membantu tetapi gagal menghidupkan Amiel,” luah bapa mangsa yang menangisi pemergian anaknya itu.
Polis berada di lokasi untuk mengambil keterangan dan mayat dibawa ke rumah mayat Bau untuk dibedah siasat.
Oleh Connie Chieng