Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap
  • JENAYAH

Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap

Utusan Sarawak 10 months ago
ALBERTINE ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi 23 Julai lepas, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah.

JOHOR BAHRU: Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar.

Beliau berkata, buat masa ini maklumat berkenaan tidak didedahkan kepada umum bagi menggelak ia daripada mengganggu siasatan.

“Kita melakukan siasatan secara menyeluruh. Bagaimanapun laporan perubatan yang diterima mengesahkan kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Albertine ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi 23 Julai lepas, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah di sini dan polis telah menahan reman seorang suspek lelaki berumur 31 tahun bagi membantu siasatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta: Polis ambil keterangan bapa
Next: AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.