Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Motada gigih majukan 16 ekar ladang nanas
  • STAIL

Motada gigih majukan 16 ekar ladang nanas

Utusan Sarawak 3 years ago

MOTADA membersihkan anak benih nanas sebelum ditanam.

Berbudi kepada tanah untuk sara diri dan berkongsirezeki bersama orang lain. Inilah prinsip yang diamalkan oleh penanam nanas gigih dari Kampung Gedong, Simunjan, Motada Haji Dan, 50.

Memulakan ladang nanasnya sejak 2016 di atas tanah milik beliau sendiri seluas 16 ekar di Kilometer 14 Jalan Gedong –Simunjan, Motada sudah beberapa kali menuai hasil daripada jerih usahanya itu.

Bercerita tentang usahanya itu, Motada berkata beliau tergerak untuk mengusahakan tanaman nanas kerana melihat potensi besar tanaman ini, bukan sahaja untuk melonjakkan ekonomi keluarga tetapi juga untuk pasaran lebih luas.

“Awalnya saya hanya menanam nanas jenis Morris tetapi tahun ini saya disyorkan oleh Lembaga Nanas untuk meneroka benih MD2, sekali gus membantu  mempromosi varieti nanas itu di Sarawak,” kata Motada yang menanam 17,000 pokok nanas pada setiap ekar  ladang beliau.

Nanas  MD2 ditanam secara meluas di Semenanjung Malaysia dengan sasaran untuk eskport dan Motada merupakan segelintir pekebun nanas yang diberi peluang memperluaskan varieti ini di Sarawak.

“Setakat ini saya sudah menanam 40,000 pokok nanas MD2 ini di atas tanah seluas dua setengah ekar. Bagaimanapun keutamaan saya tetap nanas Morris,” kata beliau yang dibantu dua pekerja tetap di dalam mengusahakan ladang nanasnya itu.

Bercerita lanjut tentang teknik penanaman pula, selain baja, beliau berkata tanaman ini memerlukan hormon khas untuk menyihatkan pokok dan mempercepatkan pengeluaran buahnya.  Dengan hormon, pokok nanas boleh berbuah dalam jangka masa lapan hingga 10 bulan selepas ditanam berbanding dengan tempoh 18 bulan 20 bulan jika tanpa bantuan hormon.

Malah beliau juga sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada Lembaga Nanas dari segi bekalan baja, hormon dan benih nanas, selain bimbingan penanaman dari semasa ke semasa.

Sudah mengumpul banyak pengalaman di dalam bidang ini, Motada tidak menafikan masalah tetap ada, terutamanya aspek cuaca serta serangan serangga dan haiwan.

Kata beliau, antara yang sukar diatasi adalah masalah cuaca kerana musuh utama tanaman ini adalah tanah yang basah, air bertakung serta hujan yang terlalu banyak.

“Selain itu saya juga berdepan ancaman serangga dan haiwan perosak.  Serangan serangga boleh mewujudkan fenomena ‘nanas mata hantu’ yang menyebabkan buahnya jadi hitam, selain monyet-monyet yang suka mencabut benih baharu ditanam untuk memakan pucuknya serta serangan tupai dan tikus yang memakan umbut serta buah nanas,” kata Motada.

Bagaimanapun semua ini tidak menghalang beliau daripada terus memajukan ladang nanasnya ini.  Malah beliau menyimpan impian untuk meluaskan lagi usaha ini, bukan setakat untuk sara diri tetapi menjadikannya sebagai satu industri, khasnya di kawasan Gedong.

Dengan cara ini kata  Motada, beliau bukan sahaja dapat memajukan diri tetapi membantu lebih ramai penduduk kampung untuk sama-sama memajukan diri melalui tanaman nanas khasnya dan industri nanas, amnya.

“Matlamat saya adalah untuk berbahagi rezeki dengan penduduk kampung melalui peluang pekerjaan di dalam bidang ini kerana saya yakin tanaman nanas ini boleh menguntungkan semua orang,” kata Motada.

Oleh HAINI DARANI

Continue Reading

Previous: Hayati makna sebenar hijrah
Next: Pelajar subteras Asas Kewartawanan UNIMAS terbitkan majalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.