Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MOTAC sokong pemeliharaan Tokong Da Wang Gong sebagai warisan budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

MOTAC sokong pemeliharaan Tokong Da Wang Gong sebagai warisan budaya

Utusan Sarawak 10 hours ago
 PERASMIAN…..Chua (sembilan kiri) mewakili Tiong merasmikan Sambutan ke-122 Ulang Tahun Persatuan Penganut Da Wang Gong Salim, Jalan Kong Yit Khim, hari ini. Turut kelihatan ialah Theng (lapan kiri) serta yang lain.

SIBU: Tokong Da Wang Gong yang berusia 122 tahun di sini terus menjadi platform penting sebagai penyatuan masyarakat serta pemelihara warisan budaya Cina.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Tiong King Sing berkata, tokong bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk mencari ketenangan jiwa, malah menjadi pemangkin perpaduan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

“Jika nilai kepercayaan seperti berbuat baik dan menjauhi kejahatan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian, masyarakat kita akan menjadi lebih aman dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Chua Choon Hwa pada Majlis Sambutan ke-122 Ulang Tahun Persatuan Penganut Da Wang Gong Salim, Jalan Kong Yit Khim, hari ini.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu menghargai keharmonian hubungan antara agama di Sarawak yang disifatkannya wajar dicontohi oleh masyarakat di Semenanjung.

“Saya melihat kepelbagaian agama di sini sangat harmoni. Ini satu contoh baik yang perlu diterapkan di seluruh negara,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu mencadangkan agar sejarah tokong tersebut dijadikan tarikan pelancongan bagi memaparkan evolusi tokong berkenaan sejak ditubuhkan lebih satu abad lalu.

“Saya merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan dan penganut yang sentiasa menyokong perkembangan tokong.

“Tokong ini kekal utuh kerana generasi demi generasi terus mempertahankan warisan budaya ini,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat agar terus menjadi duta terbaik Malaysia dalam memperkenalkan keunikan budaya, makanan dan keramahan rakyat kepada dunia.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Penganut Da Wang Gong Salim Zon 3, Theng Swee Ming serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kemalangan lori di Kuching: ACP Alexson jelaskan tren, risiko dan kesedaran
Next: Polis siasat kematian warga indonesia di Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.